SITI KHADIJAH
Oleh: Indi Gharista Manik*
DAN setengah daripada tanda-tanda kebesaran-Nya bahawa Dia ciptakan untuk kamu daripada dirimu sendiri akan isteri-isteri, agar tenteramlah kamu kepadanya. Dan Dia jadikan di antara kamu cinta dan kasih sayang.Sesungguhnya pada yang demikian adalah tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (ar-Rum: 21)
SITI Khadijah merupakan seorang wanita yang berasal daripada suku kaum Asadiyah, iaitu satu keturunan Quraisy yang amat dihormati dan disegani. Beliau dilahirkan pada tahun 68 sebelum hijrah iaitu 15 tahun sebelum tahun gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Beliau diasuh dan dibesarkan oleh ibu bapanya dengan penuh kasih sayang serta diberikan tarbiah yang sempurna.
Pendidikan dan tunjuk ajar oleh ibu bapanya diterima dengan patuh dan taat, sehingga beliau tampil sebagai seorang wanita budiman dan berakhlak luhur serta tidak pernah bangga atau sombong dengan taraf kebangsawanannya. Kaumnya memanggil beliau dengan gelaran Al-Tahirah yang bermaksud perempuan suci.
Sebelum berkahwin dengan Rasulullah, beliau pernah berkahwin dua kali. Suami pertama Khadijah adalah Aby Haleh Al Tamimy dan suami keduanya adalah Oteaq Almakzomy, keduanya sudah meninggal sehingga menyebabkan Khadijah menjadi janda. Ketika berkahwin dengan baginda, umur beliau ialah 40 tahun, manakala umur baginda 25 tahun.
Dalam buku-buku sejarah Nabi, disebutkan data-data valid bahwa yang meminang Khadijah adalah paman Muhammad yang bernama Hamzah bin Abdul Muthalib. Lalu yang menikahkan Muhammad dengan Khadijah adalah paman Khadijah yang bernama ‘Amru bin Asad, sedangkan yang memberikan khutbah nikah adalah Abu Thalib, paman Muhammad. Maharnya 20 ekor unta (lihat: As-Sirah An-Nabawiyah, Ibnu Hisyam, juz I, hlm. 201).
Walaupun berbeza usia 15 tahun, tetapi rumah tangga mereka penuh dengan kedamaian dan ketenteraman, aman bahagia dan tidak pernah berselisih faham terhadap sesuatu masalah.
Beliau juga merupakan Ummul Mukmin pertama yang mempunyai keistimewaan-keistimewaan yang tersendiri, berbeza dengan isteri-isteri baginda yang lain. Beliau bukan sahaja wanita yang jelitawan tetapi mempunyai harta kekayaan dan tergolong di antara orang-orang yang ternama di Mekah.
Selain itu, keutamaan Ummul Mu'minin Khadijah Al Kubro, ibu Siti Fathimah tersebut, dalam kitab sahih Bukhari diriwayatkan:
"Pada suatu hari Malaikat Jibril datang kepada Rasulullah saw dan berkata: "Ya Rasulullah itu Khadijah datang membawa wadah berisi kuah, makanan atau minuman. Bila dia menghadapmu, maka sampaikanlah kepadanya salam dari Tuhannya dan dariku. Kemudian sampaikan kepadanya berita gembira (Bisyarah) bahwa dia sudah disediakan sebuah rumah di surga yang terbuat dari mutiara, dimana disitu tidak ada suara keributan dan kepayahan."
Setelah berita tersebut disampaikah oleh Rasulullah saw kepada istrinya, maka Ummul Mu'minin Khadijah menjawab: "Allah adalah As Salam (pemberi keselamatan dan kesejahteraan) dan darinya berasal As Salam dan kepada Jibril diberikan As Salam." (Bukhari)
Adanya berita gembira tersebut membuat Siti Fathimah dan saudara-saudaranya merasa gembira. Memang apa yang disampaikan oleh Malaikat Jibril tersebut sangat layak dan tepat, mengingat jasa beliau dalam membela dan membantu Rasulullah saw. Beliau korbankan harta bendanya serta seluruh kekayaannya dalam membiayai perjuangan suaminya menyebarkan agama Allah.
Hal lain mengenai keutamaan Ummul Mu'minin Khadijah Al Kubro adalah bahwa beliau itu termasuk salah satu dari empat wanita penghuni surga yang paling afdhol (mulia).
Rasulullah saw pernah bersabda: "Wanita-wanita penghuni surga yang paling afdhol (mulia) adalah Khadijah binti Khuwaillid, Fathimah binti Muhammad, Maryam binti Imron dan Asiyah binti Muzahim." (HR. Tirmidzi dan Ahmad).
Beliau sangat pandai mentadbir perniagaannya sehingga berjaya sampai ke Yaman dan Syam. Beliau pernah menyerahkan urusan perniagaannya kepada baginda kerana percaya dengan kejujuran baginda. Sehinggalah sampai suatu ketika beliau jatuh cinta dengan kebaikan dan kelembutan Rasulullah, lalu menyatakan hasrat untuk mengahwini baginda.
Beliau hidup bersama Rasulullah selama 24 tahun. Sepanjang menjadi isteri baginda, beliau menjadi suri rumah tangga dan kekal menjadi satu-satunya isteri baginda sehinggalah beliau meninggal dunia. Beliau telah melahirkan enam orang anak sedangkan isteri-isteri baginda yang kemudian tidak seorangpun yang melahirkan anak sepertinya.
Beliau juga menanggung berbagai-bagai penderitaan bersama-sama Rasulullah dalam usaha berdakwah dan menyeru kepada Islam. Ketika dua orang anak lelakinya iaitu Kasim dan Abdullah meninggal dunia, beliau bersama dengan baginda berdukacita menangisi pemergian anak-anaknya itu.
Sudah menjadi kebiasaan Rasulullah untuk pergi ke Gua Hira kerana ingin bertafakur dan bermunajat kepada Allah seorang diri. Setiap kali baginda ke sana, baginda akan membawa sedikit bekalan yang disediakan oleh isterinya, Siti Khadijah. Apabila makanan sudah habis, baginda turun semula ke Mekah dan tawaf di Kaabah sebanyak tujuh pusingan, kemudian barulah kembali menemui isteri tercinta. Demikianlah yang dilakukan oleh Rasulullah, berulang alik dalam tempoh masa lebih kurang lima tahun di Gua Hira.
Sungguhpun demikian, Siti Khadijah tidak pernah berasa kecil hati terhadap Rasulullah. Malah, beliau berusaha agar baginda lebih memperoleh ketenangan dalam bermunajat kepada Allah. Oleh yang demikian, apabila Rasulullah pulang ke rumah, beliau tidak pernah bersungut apatah lagi bermasam muka. Beliau melayan suaminya dengan baik, penuh hormat dan kasih sayang.
Begitulah tanggungjawab sebagai seorang isteri yang taat dan setia kepada suami sehinggalah beliau meninggal dunia dalam usia 64 tahun dan enam bulan. Semenjak pemergian Siti Khadijah, Rasulullah sangat sedih dan murung kerana begitu terasa kehilangan seorang kawan, teman, isteri, pembantu dan pembela ketika baginda menjalankan seruan Allah. Untuk itu, baginda Rasulullah tidak pernah menikahi wanita lain sewaktu beliau masih hidup.

*Penulis adalah Sekretaris Departemen Ekonomi KAMMI Komisariat IAIN SU periode 2007-2008
Label: Sirah Sahabiyah

0 Komentar:
Posting Komentar
Berlangganan Posting Komentar [Atom]
<< Beranda